Friday, December 18, 2009

Amalan Asas Penjagaan Kereta


MEMANG terbukti kereta yang terjaga mendapat nilai yang lebih baik
apabila anda ingin menjual atau menukar ganti (trade-in) kereta itu.

Berikut antara amalan penjagaan asas yang boleh anda lakukan.



- Elak pengubahsuaian yang terlampau. Kereta yang diubah suai dengan
ekzos besar, pemecah angin (spoiler) atau kit badan (bodykit) yang
ekstrim atau air brush yang terlalu menonjol menimbulkan perasaan
kurang selesa kepada bakal pembeli.

Orang ramai biasanya meminati kereta yang berada dalam keadaan asal.
Penjual kereta terpakai juga tidak mengambil kira nilai aksesori
tambahan dan mungkin ada yang memberi harga lebih rendah kerana mereka
terpaksa memulihkan kereta berkenaan kepada keadaan asal.

- Elak daripada membawa muatan besar dan berat kerana ini boleh
merosakkan bahagian dalaman dan juga sistem penyerap hentak kereta.

Membawa muatan berlebihan di dalam kereta penumpang juga satu kesalahan trafik.
- Jangan cuba membuat kerja membaiki kereta anda sendiri. Kerja
teknikal yang rumit elok diserahkan kepada mekanik. Kerja yang kurang
kemas atau tidak betul menjatuhkan nilai kereta anda. Lainlah jika anda
seorang mekanik bertauliah.

- Jika anda terpaksa meletakkan kereta di tempat terbuka dan panas
pastikan anda meletakkan penghadang cahaya pada cermin hadapan kereta.
Ini mengurangkan tahap haba dalam kereta. Suhu terlampau menyebabkan
keretakan pada bahagian papan pemuka serta komponen plastik di ruang
dalaman kereta.

Amalan penjagaan yang mudah ini membolehkan anda mendapat nilai terbaik
untuk kereta anda. Bukan itu saja ia memastikan kereta anda selesa dan
terjaga.

Sumber: Harian Metro

0 org telah memahami:

Post a Comment

 

total Entri/komen


pengunjung blogz

web counter