Friday, December 18, 2009

TIPS SERVIS LUAR DAN DALAM


Sebut
pasal servis kereta ni sure ramai yang tahukan? Especially pada
pemilik-pemilik kereta, tak kira saiz besar ke saiz kecik, semuanya nak
kena servis bila sampai masanya. Lagi besar kereta, lagi mahal
servisnya, normal la tu.

So, kat sini aku nak share beberapa tips dengan warga KOL sekalian
supaya kita tidak mudah tertipu dengan mekanik-mekanik kedai servis.
Penipuan semasa servis banyak berlaku dan kalau kita baca di dalam
akhbar, saban waktu berlaku penipuan servis, baik dari segi harga atau
alat-alat ganti.




Sebab tu amat penting dan sangat-sangat penting bagi kita sebagai
pemilik kereta supaya sentiasa menunggu apabila kereta kita diservis.
kebiasaannya kita hantar kereta dan petang baru kita ambik kan? Tetapi
pernah tak korang bertanya berapa harga bagi setiap alat-alat ganti
itu? Berapa harga pasaran minyak hitam, oil filter, air filter dan
sebagainya.

Kita sebagai pengguna perlu ambik tahu harga alat-alat ganti kerana ada
sesetengah kedai menipu kita dengan menaikkan harga alat-alat ganti itu
untuk keuntungan mereka tanpa disedari oleh pemilik kereta. Sebab itu
penting bagi kita menyimpan kesemua resit-resit servis untuk rujukan
dan simpanan. Amat penting kita membuat senarai harga bagi setiap
barang dan disimpan di dalam wallet atau purse kita untuk rujukan
dimasa hadapan.

Mari kita tengok kejadian yang biasa berlaku semasa servis selain menaikkan harga alat-alat ganti tanpa pengetahuan kita.
Kes 1:
Pemilik perodua kancil ini menghantar kereta untuk servis tetapi
apabila diperiksa sebenarnya, keretanya belum diservis langsung dan
keadaan enjin adalah sama seperti masa dihantar untuk servis. Oleh itu
penting bagi kita untuk memeriksa enjin didepan mekanik apabila hendak
mengambil kereta. Kita ada hak untuk meminta mekanik tersebut untuk
membersih keadaan atas enjin selepas servis.

Kes 2:
Pemilik KIA Spectra menghantar kereta untuk membuat alignment dan
balancing tayar. Selepas menunggu beberapa jam, kereta pemilik siap
untuk diambil tetapi tidak berapa lama selepas itu pemilik kereta
mendapati, nat dan ibu nat telah ditukar dengan bahan tempatan
sedangkan nat yg asli itu telah dicuri oleh pemilik bengkel kereta
tersebut.

Kes3:
Pemilik perodua kancil juga menghantar keretanya untuk servis biasa,
tukar minyak hitam dan sebagainya. Harga servis seperti biasa tetapi
selepas beberapa bulan, pemilik menghantar keretanya untuk servis
seterusnya dan mendapati oil filter tidak ditutup dengan rapat sehingga
minyak hitam menitis keluar. Kata mekanik servis, encik bernasib baik
kerana cepat hantar servis, kalau tidak, minyak hitam kering, habis
la…

Itu antara beberapa kes yang pernah berlaku dan mungkin pernah terjadi kepada kita sahabat atau saudara mara.
Begitu juga untuk menukar tayar. Kalau kita ke kedai tayar, sudah pasti
tokey kedai kata tayar kita sudah botak padahal tayar kereta kita boleh
tahan lagi untuk tempoh sebulan. Bunga tayar masih ada dan ada tokey
kedai yang menjual balik tayar untuk keuntungan sementara.

Minyak hitam pula harganya berbeza-beza mengikut kedai. Oleh itu bijak
bagi kita jika membuat survey harga minyak hitam itu di merata kedai
dan supermarket. Di Carrefour, Tesco atau Giant mungkin murah sedikit
tetapi kalau setahun dihitung cuba kira berapa kita untung? Sebenarnya
kita boleh membawa minyak hitam yang dibeli sendiri untuk tujuan
menukar minyak hitam. Tidak menjadi kesalahan tetapi kita perlu
berhati-hati kerana minyak hitam tidak sama kelikatannya. Ada nombor
siri yang perlu kita ingat.

Kelikatan minyak hitam itu akan mengekalkan deruman enjin dan kekuatan enjin. Berhati-hatilah.
Kita perlu ingat, harga alat-alat ganti tidak sama di semua kedai dan
perlu bagi kita untuk membuat senarai harga alat-alat ganti itu.
Kenapa? Nanti kita boleh tanya balik kepada mekanik kenapa harga naik
atau sebagainya.

Setengah kedai ada mempunyai sebutharga alat-alat ganti yang diletakkan
didinding kedai mereka. Perhatikan dan jika tiada pandai-pandaila
bertanya kerana mengikut Kementrian Pengguna, adalah menjadi satu
kesalahan jika tidak memaparkan senarai harga alat-alat ganti.

Dan akhir sekali, sentiasa perhatikan kerja-kerja mekanik dan pastikan
mereka tidak menukar barang tanpa kebenaran kita sebagai pemilik
kereta. Tak pasal-pasal nanti kita kena charge lebih. Berhati-hati.


0 org telah memahami:

Post a Comment

 

total Entri/komen


pengunjung blogz

web counter